Isnin, 4 Oktober 2010

Senarai barangan jualan di Suri Baker's Centre

Assalammualaikum,

Bagi memudahkan para pelanggan melihat secara maya bagi produk terkini di Suri Baker's Centre, di bawah ada disediakan senarai tersebut. Adapun produk yg tertentu memerlukan tempahan seawal 3 hari kerana permintaan stok yg rendah.

Sekiranya ada yg berminat, bolehlah menghubungi saya melalui 017-2055847 utk sebut harga. Lagi banyak kuatiti yg dibeli, anda berhak utk mendapat diskaun!

Di sini, objektif utama penubuhan "Ingredient Shop" adalah utk mengumpulkan barangan yg dijamin mutu dan status HALALnya. Sekiranya ada terdapat dalam mana-mana resepi yg mengandungi unsur Syubhah, bahan alternatif akan dicadangkan.

Akhir kata, kami di Suri Baker's Centre ingin mengucapkan selamat melayari web ini dan semoga kita mendapat keberkatan dari Allah melalui pemakanan yg terjamin.





Jumaat, 1 Oktober 2010

Cuti Sekolah Kembali Lagi!!

Salam utk semua,

Cuti persekolahan hujung tahun hampir tiba. Perancangan bagi mengisi waktu lapang anak-anak amat diperlukan.

Setelah penat dan stress anak-anak belajar, "diversion" diperlukan bagi menyegarkan kembali semangat anak-anak disamping mengekalkan disiplin & motivasi mereka.

Di Suri Baker's Centre, kami akan melancarkan Program Cuti Sekolah buat anak-anak dari umur 9 tahun sehingga 18 tahun dan program ini merangkumi kerja-kerja di dapur.

Ya, dari alam dapur itu sendiri kita boleh tingkatkan daya kreativiti anak-anak yang sememangnya sentiasa ada pada diri mereka.

Dengan kesesuaian menu mengikut umur peserta, anak-anak pasti akan teruja melakukan kerja-kerja seperti menimbang, menguli, merekabentuk dan mencorakkan hasil kreativiti terhadap masakan yang dibuat. Semuanya dibuat tanpa bantuan ibubapa.


Di sini, aktiviti ini diharapkan dapat meningkatkan lagi keyakinan & kreativiti mereka lantas menyeimbangkan penggunaan otak kiri dan otak kanan.


Nantikan update terkini dari kami di Suri Baker's Centre bagi aktiviti tersebut.