Jumaat, 1 Oktober 2010

Cuti Sekolah Kembali Lagi!!

Salam utk semua,

Cuti persekolahan hujung tahun hampir tiba. Perancangan bagi mengisi waktu lapang anak-anak amat diperlukan.

Setelah penat dan stress anak-anak belajar, "diversion" diperlukan bagi menyegarkan kembali semangat anak-anak disamping mengekalkan disiplin & motivasi mereka.

Di Suri Baker's Centre, kami akan melancarkan Program Cuti Sekolah buat anak-anak dari umur 9 tahun sehingga 18 tahun dan program ini merangkumi kerja-kerja di dapur.

Ya, dari alam dapur itu sendiri kita boleh tingkatkan daya kreativiti anak-anak yang sememangnya sentiasa ada pada diri mereka.

Dengan kesesuaian menu mengikut umur peserta, anak-anak pasti akan teruja melakukan kerja-kerja seperti menimbang, menguli, merekabentuk dan mencorakkan hasil kreativiti terhadap masakan yang dibuat. Semuanya dibuat tanpa bantuan ibubapa.


Di sini, aktiviti ini diharapkan dapat meningkatkan lagi keyakinan & kreativiti mereka lantas menyeimbangkan penggunaan otak kiri dan otak kanan.


Nantikan update terkini dari kami di Suri Baker's Centre bagi aktiviti tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan